13 Disember, 2009

Cuti Sekolah

Salam,

Hari ni Ahad, hari kedua cuti sekolah. Khamis yang lepas, kelas aku adakan persembahan untuk ibu bapa kami sebagai hari terakkhir persekolahan dan juga parti Hari Krismas. Sekolah akan bermula semula pada 27 Januari 2010.

Aku tak tahu lagi apa aktiviti cuti sekolah ni, tapi Ms Underwood ada pesan untuk teruskana belajar dan hafal perkataan-perkataan baru supaya aku aku senang nanti di Tahun 1. Tahun depan aku diletakkan di Tahun 1A. Adakah masih dengan kawan-kawan lama atau kawan yang baru yang belum ku kenali.



Serba sedikit aku telah di dekatkan dengan Tahun 1A. Cikgunya pun aku telah kenal. Jadi aku tak patut rasa susah nanti. Aku amat harapkan pembelajaran yang lebih baik dan lebih formal.

Untuk cuti sekolah ni, tiada aktivit, tapi ibu ada bagitau nak pergi berjalan jauh. Jadi aku hanya tunggu. Seterusnya aku akan biarkan dulu post ni sehingga dikemaskini nanti dengan program cuti sekolah.

Tungguuuuuu....

22 November, 2009

3 minggu lagi sekolah

Hari Jumaat dah dapat helaian baru 'Sight Word'. Jadi aku kena usaha ingat cepat sebab sekolah hanya lagi 3 minggu. Wah lepas ni cuti hampir 2 bulan. Aku terpikir cuti nanti nak buat apa?

Nanti tanya ibu, nak bawa kami berjalan-jalan atau ibu ada banyak kerja. Kalau ibu terlalu sibuk, tak mengapa. Lagipun cutikan lama.

Isnin lepas ayah-ibu datang sekolah jumpa Ms Underwood. Ms Underwood maklumkan dia sgt kagum dgn pencapaian aku. Mengambil kira aku poteng kelas 3 bulan (sebab balik ke Malaysia), tapi aku masih mampu mengikuti pejalaran. Aku juga dilaporkan amat senang berkawan dan berani bersuara. Sedia mengambil peluang dalam memberi pendapat dan kerja. Aku akan teruskan sifat ni supaya aku terus maju dalam pelajaran. Ayah kata bila orang tanya kena jawab, sebab tu la aku akan terus jawab bila cikgu tanya.

Hari ni rasa macam nak main basikal di Perrin Park. Minggu lepas aku dengan adik ada buat beberapa pusingan. Kira letih juga la. Tapi kalu aku terus praktis mungkin dua tayar tepi tu boleh dibuka. Nanti aku boleh jadi macam orang besar. Basikalkan tayar dua.

Raya haji dah dekat, tapi raya hari Jumaat. Aku sekolah. Nak pergi sekolah atau nak pergi raya? Ayah kata sembahyang sunat raya kali ni jauh, Mt Gravatt. Jadi kalau nak pergi kena bangun awal. Tapi ayah macam susah nak pergi, sebab aku pergi sekolah dalam pukul 8.40 pagi, tapi solat tu bermula jam 8 pagi. Mesti ayah kena pergi lagi awal dari 8 pagi. Ah..tak mengapalah. Cuma untuk 2 tahun lagi. Lepas ni segala perayaan akan disambut seperti normal.

15 November, 2009

Term 4

Sekarang aku dah pandai membaca. Tapi tak semua. Term 4 ni, kami disediakan untuk kemasukan Grade 1. Antara yang diajar ialah, matematik dan pengenalan perkataan popular. Tak ketinggalan memupuk minat membaca.

Setiap hari satu buku akan dibawa balik dan mesti dibaca. Aku selalu baca dengan ayah. Mula-mula ayah suruh baca perkataan yang aku kenal kemudian ayah bacakan untuk aku. Selepas baca, aku kena rekod, aku tulis sendiri tajuk buku dan tarikh aku baca.

Setakat ni aku baru kenal helaian kedua dalam 'Sight Word'. Aku kena usaha lagi sebab ramai kawan aku dah lebih dari dua helaian. Ayah ada tolong buatkan salinan dan tampal dekat dinding supaya aku senang baca di ruang tamu. Ibu nampak risau sebab ada perkataan yang aku tak ingat lagi dan sekolah dah dekat nak cuti.

Aku harap, dapat la ingat dalam hari ni dan esok dapat helaian yang baru. Lepas ni aku akan cuba kenal perkataan dalam masa seminggu. Doakan untuk aku.

04 Oktober, 2009

Entah kenapa ibu balik Malaysia. Ibu ada juga telefon tapi dapat cakap sekejap je. Aku nak jumpa Dini, Shafiq dan Athirah. Tapi ayah aku tanya, seronok sangat ke dengan semua tu, sampai aku dan adik terikut-ikut cakap buruk. Aku perasan, selama ni ayah tak pernah marah tengking-tengking. Tapi sejak balik Malaysia awal tahun ni, aku dan adik kerap sebut perkataan buruk.

Esok aku mula sekolah Term 4. Seronok nak jumpa kawan. Aku jangkakan Term 4 ni Miss Underwood akan layan kami macam budak besar. Maklumlah, tahun depan dah Year 1. Term lepas apa yang aku ingat ada belajar kira-kira. Term ni mesti lebih lagi.

Ibu akan balik 23 Oktober ni. Kenapa lama sangat? Tapi akuu harap ibu sentiasa sayang aku dan adik. ayah nampak macam sedikit tertekan. Aku tak tahu kenapa tapi ada masa marah dia agak lebih. Aku nak cuba nanti kurang buat benda yang ayah marah. Kena ingat, ayah akan tegur dulu, kalau tak dengar baru kena marah. Aku akan cuba ingat ni.

22 Ogos, 2009

Entri Pertama

Tak sangka berjaya create blog ni. Sekarang saya di Australia. Jadi siapa berada berdekatan Brisbane bolehlah kita berkawan.

Hari ni 1 Ramadhan. Jadi selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Macamana nak tau bila nak puasa? Ayah cakap kena tengok anak bulan. Anak bulan? Bulan boleh beranak ke?

Anak bulan adalah bulan baru. Bulanbaru boleh dikenali dengan bentuk senyuman diufuk timur sejurus sebelum matahari terbenam. Jadi setiap bulan kita akan nampak ni.

Ada kaitan dengan astronomi tak? Kalu ada saya nak jadi astronomer la. Angkawan boleh tak?

Tadi mak saya tengok cerita Hindustan. Ada lagi 2 CD belum habis. Sekarang dia suruh saya kemas rumah dengan adik saya Izzaidan.

Kami belum mandi lagi. Tapi hari ni katanya 30 darjah Celsius. Tapi kenapa saya rasa sejuk je. Kat luar pun macam tak cerah.

Semalam saya dapat hadiah rantai tasbih besar. Ms Underwood bagi saya sebab saya dapat markah paling banyak. Setiap hari Isninsaya kena buat presentation dalam kelas saya, Prepatory B. Apa saya nak bawa hari Isnin ni? Temanya 'Free'. Tolong bagi idea.